Isnin, 12 April 2010

Pemuda BN Sabak Bernam

Sabak Bernam, 20 Mac – Pemuda UMNO bahagian ini mengorak langkah awal dalam usaha mengekalkan kawasan terbabit sebagai satu daripada kawasan tetap Barisan Nasional (BN) Selangor apabila melancarkan Jentera Pemuda BN Sabak Bernam yang disempurnakan Pengerusi pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Usaha berkenaan walaupun dianggap awal daripada pilihan raya umum yang masih jauh, ia dianggap bertepatan kerana pada setiap waktu dan ketika, jentera Pemuda sewajarnya berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya umum.

Berucap ketika merasmikan pelancaran jentera berkenaan, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin mengalu-alukan tindakan proaktif tersebut dalam usaha mengekalkan Sabak Bernam sebagai kubu kuat BN.

Menurut beliau, langkah itu juga diharap akan menjadi momentum kepada BN khususnya kepada seluruh jentera pergerakan negeri itu itu dalam usaha merampas negeri Selangor yang kini ditadbir oleh pakatan pembangkang.

“Pilihan raya umum kita tidak tahu bila ia akan diadakan. Mungkin esok, mungkin bulan depan atau mungkin tahun depan. Justeru sebagai langkah awal, amat bertepatanlah kita di peringkat akar umbi sudah mula bergerak dan inilah yang saya banggakan.

“Kepada Pemuda BN Sabak Bernam, teruskan langkah yang telah mula digerakkan hari ini, dan pastikan Sabak Bernam ini tidak akan ditembusi oleh musuh politik kita pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Leih 1,000 Pemuda termasuk golongan belia dan penduduk tempatan menghadiri majlis berkenaan yang di adakan di Dewan Sepaktakraw Bagan Nakhoda Omar (BNO), di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali, Ketua-Ketua Pemuda parti komponen bahagian serta pimpinan pelbagai peringkat Pemuda BN dan UMNO Sabak Bernam.

Selain daripada pelancaran tersebut, Program sehari Pemuda BN Sabak Bernam cukup padat dengan pelbagai aturca program Jom Bersihkan Kampung, Kenduri Rakyat, Autoshow kereta serta motosikal dan Makan Malam Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam ucapannya itu juga, Khairy turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemuda BN Sabak Bernam yang cukup bersemangat untuk menawan hati golongan belia dengan mengatur pelbagai program yang menepati citarasa dan kehendak orang muda.

“Inilah yang perlu kita laksanakan. Sebagai contoh, program Auto Show, lebih 100 peserta mengambil bahagian dan saya difahamkan para peserta yang hadir bukannya daripada Sabak Bernam sahaja malah daripada negeri-negeri lain.

“Dan saya percaya, mereka yang datang itu bukannya ahli UMNO dan BN semata-mata tetapi turut melangkaui golongan belia lain. Namun kita tidak kisah dan bukannya ambil kira semua itu kerana apa yang penting adalah pengisian kepada golongan berkenaan.

“Dengan sambutan yang diluar jangkaan ini, maknanya anak-anak muda masih berminat dengan kita dan buktinya hari ini, lebih 300 ahli baru berjaya didaftarkan.,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membidas sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak keluar daripada Parlimen sewaktu pendedahan misi 16 September oleh Ahli Parlimen (Bayan Baru) ( Bebas), Datuk Zahrain Hashim di Parlimen.

Soalnya, kenapakah Penasihat PKR itu bertindak sedemikian sedangkan ketika beliau melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kerajaan, Ahli Parlimen boleh berada di dalam dewan.

“Inilah satu bukti yang nyata bahawa beliau takut untuk berdepan dengan pendedahan tersebut. Mungkin pendedahan ini amat pedih dan amat sukar untuk diterima oleh Datuk Seri Anwar sehingga beliau mengambil tindakan sedemikian rupa.

Pada perkembangan sama, beliau melihat dakwaan Zahrain bahawa Anwar menyalahgunakan nama Istana khususnya Yang-dipertuan Agong serta tentera bagi menjayakan misi 16 September lalu perlu disiasat.

“Ini kerana penyalahgunaan seumpama ini tidak sewajarnya berlaku dan apa yang kita lihat hari ini, Anwar tidak melihat kepada pembangunan rakyat sebaliknya mementingkan diri sendiri,” katanya.

Petikan dari

Oleh S.A Najmuddin

Ahad, 11 April 2010

Pilihanraya kecil Hulu Selangor

Pergerak Pemuda UMNO Sabak Bernam bersedia menhantar pasukan bagi membantu jentera pilihanraya kecil untuk memastikan kejayaan BN. Pasukan tersebut akan berkampung di Sungai Tenggi Selatan. Baru-baru ini PM telah mengumumkan parti komponen yang akan bertanding bagi pelihanraya kecil pada 25 april 2010 ini. MIC diberi keparcayaan oleh PM untuk bertanding akan tetapi siapa calon belum lagi ditentukan. Siapa jua calon tidak menjadi masalah untuk PPU Bhg Sabak bernam untuk berkhidmat dengan penuh setiakawan Barisan Nasional. Marilah Sama-sama kita menyokong barisan nasional kerana telah banyak berjasa kepada rakyat.